Perutusan Pengarah

on Jumaat, Mac 26, 2010

Tuan Haji Mohamad Jayus Bin Haji. Bunasir
(PMP,AMP)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung laman web PUO Community Blog. Kesudian saudara-saudari melawati laman web ini amat dialu-alukan. Seiring dengan ledakan era teknologi maklumat di Alaf 2000 telah mencetuskan ilham pihak Politeknik Ungku Omar untuk mewujudkan laman web tersendiri. Politeknik Ungku Omar sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang terkenal di Malaysia ingin turut serta dalam arus kemajuan ini dengan mengambil inisiatif mewujudkan laman web ini.
Laman web ini diwujudkan dengan tujuan memudahkan orang ramai mengenali dan mendapat gambaran sebenar tentang Politeknik Ungku Omar dengan lebih jelas.Wawasan negara kita adalah untuk menjadi sebuah negara perindustrian maju. Berteraskan matlamat inilah Politeknik Ungku Omar menyemai cita dan azam untuk menjadi sebuah institusi utama dalam memberi pendidikan teknikal dan perdagangan yang berkualiti. Kejayaan merealisasikan graduan politeknik yang berkualiti, beretika, berdedikasi, berilmu serta komited merupakan Misi Politeknik Ungku Omar serta matlamat kerja para kakitangan Politeknik Ungku Omar.
Setelah 36 tahun menyumbang bakti menghasilkan guna tenaga bagi negara, Politeknik Ungku Omar akan terus berusaha memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sejajar dengan gelombang kemajuan yang dialami negara. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara Politeknik Ungku Omar akan terus melahirkan graduan yang berkualiti dari pelbagai segi terutamanya akademik dan ko-kurikulum. Graduan Politeknik Ungku Omar juga dititikberatkan dengan sahsiah yang tinggi supaya mampu merenangi arus perkembangan serta komited untuk menyahut seruan dan cabaran di Alaf 2000 yang begitu mencabar dan getir. Harapan saya agar laman web Politeknik Ungku Omar ini mampu memberikan maklumat yang berfaedah kepada para pengunjungnya

"Kekuatan Dan Keamanan Melalui Teknologi"

0 comments:

Catat Ulasan